SKEMA PEMBERIAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI MALAYSIA DAN SINGAPURA

Az Man

Abstract


Abstrak

Zakat merupakan salah satu sumber kewangan utama untuk pembangunan ekonomi orang Islam. Sumber-sumber zakat yang dikumpul kemudiannya diagihkan kepada lapan golongan yang berhak menerima zakat termasuk asnaf fi sabilillah. Pengagihan zakat kepada asnaf fi sabilillah menggunakan pendekatan maqasid syariah dilihat sangat penting bagi memastikan skim agihan zakat yang diberikan menepati pensyariatan dan hikmah tuntutan zakat. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai sama ada melengkapi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah dalam konteks zakat serta menganalisis dan menilai skim agihan zakat kepada fi sabilillah berasaskan maqasid syariah di Malaysia dan Singapura. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyediakan sebanyak 19 skim agihan zakat fi sabilillah manakala Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah menyedikan lapan skim. Secara umumnya, skim agihan zakat kepada asnaf fi sabilillah di Malaysia dan Singapura menepati maqasid syariah. Namun, penambahbaikan skim berdasarkan keutamaan lima prinsip maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta perlu disemak semula supaya dasar agihan asnaf fi sabilillah yang dilakukan menepati kehendak maqasid. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada tujuh golongan asnaf dari semasa ke semasa agar selari dengan konsep maqasid syariah yang diutamakan dalam Islam. Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada pihak Majlis Agama Islam di Malaysia dan Singapura dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat asnaf fi sabilillah secara berkesan dan telus.

 

Kata kunci: Asnaf, Fi sabilillah, Skim Agihan Zakat, Maqasid Syariah

 


Keywords


Kata kunci: Asnaf, Fi sabilillah, Skema Pemberian Zakat, Maqasid Syariah

Full Text:

PDF

References


Rujukan

Buku

Al-Juwayni, Abd Al-Malik, 1979. Ghiyath Al-Umam fi Al-Iltiyath Az-Zulam, suntingan Abdul Azimal Deeb. Qatar: Wazarahal Shu’oon Ad-Diniyyah.

Al-Kasani, Abu Bakr ibn Mas`ud. 1986. al- Bada’i’ al- Sana’i. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Qaradawi, Yusuf. 2006. Fiqh al- Zakat. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Fasi, `Alal, 1966. Maqasid al-Syar`iyyah al-Islamiyyah Wa Makarimaha. Rabat: Matabi‘ al-Risalah.

Al-Ghazali, Abu Hamid. 1901. Al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul. (Edisi 1). Egypt: Al-Matba’ah al-Amiriyyah

Al-Sarakhsi, Muhammad Ahmad, 1986. al-Mabsut. Beirut. Dar al-Ma’rifah.

Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa Ibn Muhammad al-lakhmi, 1996. Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Auda, Jasser, 2014. Memahami Maqasid Syariah. Selangor: PTS Islamika Sdn Bhd.

Azman Ab Rahman & Hasanah Abd Khafidz, 2015. Ensiklopedia Asnaf dan Skim Agihan Zakat di Malaysia. Bandar Baru Nilai: USIM Press.

Azman Ab Rahman & Muhammad Ridhwan Ab Aziz, 2016. Pembasmian Kemiskinan Berdasarkan Maqasid Syariah. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Ibn ‘Asyur, Muhammad al-Tahir. 1999. Maqasid Al-Syariah Al-Islamiyyah. Beirut: Dar Salam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2015. Indeks Syariah Malaysia Model Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Putrajaya.

Mohammed Osman Salih, 1995. Al-Islam Huwa Nizam Shamil li Himayah wa Ta’ziz Huquq Al-Insan. Kaherah: Maktabah As-Shuruq.

Mohd Fikri Che Hussain. 2012. Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah. Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa.

Sabiq, Sayyid. 1999. Fiqh al-Sunnah. Kaherah: Dar al-Fath.

Kertas Kerja

Ahmad Shahir bin Makhtar & Adibah bt. Abdul Wahab, 2010. Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor: Isu dan Cabaran. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Wifaq Mokhtar. 2016. Parameter (al-Dhawabit) Maqasid al-Shariah Dalam Pentadbiran Negara. Kertas Kerja Seminar Nasional Maqasid Al-Shari’ah 2016: Maqasid al-Shariah & Fiqh Demokrasi. Shah Alam.

Hailani Muji Tahir. 2009. Pentafsiran dan Perlaksanaan Agihan Zakat Fisabilillah Mengikut Keperluan Semasa Di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Pengagihan Zakat Di Bawah Asnaf Fisabilillah. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Nor Raudah Siren, Azrin Ab Majid & Syed Muhd Khairuddin Aljunied, 2014. Sistem Pendidikan Islam Sekolah Agama (Madrasah) di Singapura. Jurnal al-Tamaddun. 9(2), 17-28.

Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid, 2016. Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Atas Status Anak Negeri. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam 2016. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laman Sesawang

Lembaga Zakat Selangor, 2016(a). Jenis Agihan Zakat. http://www.zakatselangor.com.my/jenis-bantuan-umum/ (diakses pada 1 Oktober 2016).

Lembaga Zakat Selangor, 2016(b). Penerima Agihan Zakat. http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/ (diakses pada 1 Oktober 2016).

Majlis Agama Islam Singapura, 2016. Singapore Zakat Authority. http://www.muis.gov.sg/zakat/About-Us/singapore-zakat-authority.html (diakses pada 4 Januari 2017)

Majlis Agama Islam Singapura, 2011. ZAKAT Disbursement. http://www.muis.gov.sg/zakat/documents/Zakat%20Disbursement%20Brochure%20Final%20(For%20Website).pdf (diakses pada 2 januari 2017)

Utusan Online, 2008. Raja Muda Perlis puji konsep MUIS. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm (diakses 4 januari 2017)

Laporan

Laporan Tahunan MUIS 2015




DOI: http://dx.doi.org/10.24014/hi.v17i1.3962

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index By:

       

                                                               

Hukum Islam (Print- ISSN: 1411-8041) and (E-ISSN : 2443-0609)

Published by Faculty of Sharia and Law  State Islamic University Of Sultan Syarif Kasim Riau

Mailing Adress: Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
H. R. Soebrantas Street, No.155 KM 18, Kelurahan Tuah Madani, Kecamatan Tuah Madani
Pekanbaru - Riau, 28293

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.