TEKS KHUTBAH JUMAAT NEGERI JOHOR 2017-2018: Analisis Tajuk Dan Status Hadith Dalam Teks

Munirah binti Zakaria

Abstract


Teks khutbah negeri Johor merupakan satu platform penting dalam memberi peringatan serta nasihat kepada masyarakat Islam yang berada di Johor. Ia merupakan medium terbaik bagi menyampaikan pesanan kepada umat Islam berkenaan isu akidah, Syariah dan akhlak serta isu-isu semasa yang berlaku di negeri Johor. Kajian ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu; bentuk pemilihan tajuk khutbah dan status hadith yang digunakan untuk menyokong tajuk khutbah. Kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif diimplementasikan bagi menjawab objektif serta persoalan berkaitan penyelidikan. Selain kaedah analisis kandungan, kaedah takhrij hadith juga digunakan dalam kajian ini bagi menentukan status hadith, manakala analisis deskriptif diperoleh menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences [SPSS 26.0]. Hasil kajian mendapati tajuk-tajuk teks khutbah sepanjang tahun 2017-2018 bersifat mendidik selain memberikan input-input penting berkaitan isu-isu agama dan membahaskan topik semasa yang berlaku di negeri Johor dengan sokongan dalil ayat al-quran dan hadith yang betepatan dengan tajuk. Namun begitu, penggunaan hadith dhaif di dalam teks khutbah perlu diberi perhatian oleh penulis supaya maklumat yang disampaikan tidak mengelirukan masyarakat.

Full Text:

PDF

References


Abdullah Bin Mat dan Muhyidin Bin Hj Aziz (2003), Konsep dan Falsafah Masjid, Selangor: Intel Multimedia and Publication

Berita Harian, Kadar Indeks Jenayah Menurun, 2 Januari 2019

Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Bab Ma Ja fi Istiqbal al-Imam Wahuwa Yakhtub, no hadith 1126

Ibn Manzur (1990), Lisan al-‘Arab, j.1 Beirut: Dar al-Fikr

Mohd Faizal Bin Mat Nasan (2002), “Isu-Isu Hukum Dalam Khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Satu Kajian Dari Tahun 1995-2000”, Universiti Malaya Kuala Lumpur

Mohd Norzi Nasir, Badrul Hisham Mahadzir, Siti Murshidah Mohd Zin. (2016). Kefahaman Terhadap Hadis Dhaif Yang Masyhur di Kalangan Mahasiswa Jabatan al-Quran dan al-Sunnah FPPI, KUIS. 2nd International Muzakarah & Mu’tamar On Hadith (IMAM2017)

Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (2016). Ringkasan Mengenai Pembentangan Kertas Kerja Seminar “Home of Hadith” (Pengamalan Hadith Dhoif. Irsyad al-Hadith, 68. From https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1131-irsyad-al-hadith-siri-ke-68-ringkasan-mengenai-pembentangan-kertas-kerja-seminar-home-of-hadith-pengamalan-hadith-dhoif.

Muhammad Nashiruddin (2002), Perbahasan Mengenai Khutbah Jumaat, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa

Muti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (2018). Hukum Menempatkan Ibubapa di Rumah Orang Tua. Bayyan Linnas, 127. From https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2294-bayan-linnas-siri-ke-127-hukum-menempatkan-ibubapa-di-rumah-orang-tua

Namri Sidek, Tiga Negeri Yang Mencatatkan Kadar Penceraian Tertinggi di Malaysia, 4 April 2019, Berita Harian

Nor Raudhah Hj Siren & Mohamad Zaidi Abdul Rahman (2006), Strategi Mengurus Masjid, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Zulkiple Abd Ghani (2003), Islam, Komunikasi, Teknologi Maklumat, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributor

Temubual bersama penulis teks khutbah Jumaat Negeri Johor Ustaz Mohd Hafiz bin Abdul Rahman Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada 18 Februari 2020




DOI: http://dx.doi.org/10.24014/nusantara.v15i2.10616

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

  Nusantara; Journal for Southeast Asian Islamic Studies Indexed By:

   

Mailing Address:

Nusantara Journal for Southeast Asian Islamic Studies is published by Institute for Southeast Asian Islamic Studies (ISAIS) Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

Gedung Islamic Center Lt. I Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Jl. H.R. Soebrantas Km. 15 No. 155 Kelurahan Simpang Baru Kecamatan Tampan Pekanbaru - Riau 28293, PO. BOX 1004.